
60,000 NASKAH AL QURAN
DIPERLUKAN
UNTUK PUSAT PENGAJIAN AL QURAN AL BAGHDADI
DI SELURUH MALAYSIA
PENGENALAN
Yayasan Al Baghdadi ditubuhkan untuk memberikan pendidikan Al Quran menggunakan Teknik Al Baghdadi secara PERCUMA kepada Anak Yatim, Muallaf (Saudara Baru) dan Orang Asli di seluruh negara.
Yayasan Al Baghdadi juga menjalankan aktiviti menyedarkan masyarakat tentang kepentingan belajar dan mengajar Al Quran. Selain itu, Yayasan Al Baghdadi menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menjayakan program membasmi buta Al Quran di seluruh negara.
Yayasan Al Baghdadi mensasarkan
60,000 naskah Al Quran
dapat disediakan untuk edaran di
600 buah pusat pengajian
Al Quran Al Baghdadi di seluruh Malaysia.
Dengan hanya RM25 yang anda hulurkan untuk niat berwaqaf untuk mak ayah atau orang tersayang, tidak mustahil ia akan menjadi saham akhirat nanti.
BAGAIMANA HENDAK MENGGANDAKAN
PAHALA DENGAN RM25??
DALIL DAN HIKMAH BERWAKAF
“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui”
(Surah Al-Baqarah - Ayat 261)
KENAPA PERLU BERWAKAF DENGAN
YAYASAN AL BAGHDADI?
SPECIAL SANGAT KE?
- 10 TAHUN PENGALAMAN DALAM KERJA AMAL
- RIBUAN ASNAF, MUALLAF DAN ANAK YATIM TELAH MENDAPAT MANFAAT DARIPADA PROGRAM YAYASAN AL BAGHDADI
- KEWUJUDAN HIKMAH CENTRE BAGI MEMBERIKAN PENDIDIKAN AL QURAN PERCUMA KEPADA INSAN YANG LAYAK
- SENTIASA PEKA DAN CAKNA DENGAN KEADAAN INSAN DI SEKELILING
- GERAK KERJA YANG PANTAS
SUMBANGAN WAKAF DAPAT
MENGECUALIKAN CUKAI?
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut
mengenai Yayasan Al Baghdadi Tuan/Puan boleh
melayari laman web www.yayasanalbaghdadi.org ataupun
laman Facebook kami Jom Infaq.
Gambar Al Quran Tanpa Terjemahan
RM25/Senaskah
Gambar Al Quran Dengan Terjemahan
RM55/Senaskah
RM50/2 naskah
KEMAS KINI SERAHAN AL QURAN